Followers

My OnlineBiz Shop. Jom Terjah =)

Dear All, sila singgah ke My OnlineBiz Shop. Jom Terjah mymommashop =)

Tuesday, November 2, 2010

Cerita Penuh Kelahiran Puteri Sulong Kami :)




















Gambar Mareesa Naima diambil pada 3.57am

11th October 2010

7.45am: Mendaftar di dewan bersalin Hospital Sungai Buloh
Bila I dah masuk dalam,barulah nurse suruh tukar kain batik bagai,terpaksa keluar balik cari hubby minta kain batik.Nurse ambik blood pressure and I direfer ke wad 6C.

8.30am:Lepak kat dalam wad,sambil kena ambik blood pressure and nurse buat CTG untuk monitor baby dalam perut

9.30am:Dr dah masukkan ubat kat *tuuut* sebab I kan kena induce untuk paksa bersalin on the due date

Every few hours,diorang check blood pressure lagi dan lagi dan juga buat CTG.Masih belum rasa sakit sampai tengahari.By petang the contractions yang datang pun very mild.I pun confuse macam mana sebenarnya contraction tu,bila MIL I bagitau sakit tu akan datang lebih kerap within 10 minits maka dah nak bersalinlah tu.I masa tu wish cepatlah start sakit tuh (tak tahu lagi sakitnya sangat hebat,hehe)

6.30pm:Dr check bukaan baru 1.5cm,Dr suh review lagi by 10.00pm and inform probably by next morning akan review lagi.Since contraction pun tak baper nak kuat lagi,hubby teman I jalan2 sekitar wad.Our bestie,Keanu sentiasa nasihatkan supaya kerap berjalan supaya mudah bersalin.Maka,sampai 7 sumthing pun,hubby masih temankan jalan2,and bila waktu melawat dah habis pun,hubby sibuk dok pesan keep walking.Since contraction tu datang sekali sekala,so I jalan2 sekitar wad,kalau mcm segan,sebab I sorang je dok ke hulu dan ke hilir,maka I jalan2 beberapa pusingan dalam toilet,hehe.

10.00pm:Sakit dah makin kerap,bila contraction tuh datang amboi,sakitnya bukan main.Dr check bukaan masih lagi 1.5cm to 2cm sajer,hadddoii..I tak dapat nak bayangkan I harus tanggung kesakitan itu untuk tunggu sampai esok pagi,Dr cakap jalan I tak bukak lagi,tapi contractions macam dah kuat by CTG punya bacaan.

12th October 2010

Lebih kurang pukul 12.00am:Sakit Makin kerap dan I dah tak mampu nak jalan lagi,DR check lagi,bukaan baru 2cm mcm tu,tapi CTG shows that I macam dah nak bersalin sangat.Sakitt makin dah tak tertahan,around pukul 1 lebih,I dah merayu kat nurse and dr,because sakitnya sangat sakit,I sangat dah tak tahan,bila I kira2 bilangan contraction,memang macam dah nak bersalin dah,teringat pesan MIL petang tadi.Tapi bila dr ckp "Kak,kita tak boleh hantar akak ke labour room lagi,sebab jalan akak tak bukak lagi,nanti susah...".Then ada sorang stuff nurse kat situ yang kesian kat I,offer pethedine(ubat tahan sakit),I just agreed.

Lepas kena inject kat punggung kalau tak silap I,I hanya boleh control sakit tuh few minits aje,sakit tetap sakit,then suddenly,sakit tu lagi kerap lagi than before kene inject ngan pethedine tuh,I cuba tahan,tapi dah tak tertahan,tambahan pula,air ketuban I pun dah pecah dah,merayu2 I kat dr tuh dan nurse sume.Diorang still kata I lambat lagi nak bersalin.Diorang suruh I tahan sakit tuh..

Bila I cakap nak berak,diorang bagi ubat berak,nak berak pun susah,mana nak berak,mana nak tahan sakit contraction tuh,akhirnya manage to berak jugak.Tapi sakit lepas berak makin sakit dan kerap.I merayu lagi,then ada sorang nurse yang kesian kat I check bukaan I lagi,dan masa tuh dah 6cm dah,maka tergesa2 diorang nak hantar I ke labour room

2.20am:I dihantar ke labour room,I tak sempat nak inform hubby,sebab tadi I suruh dia balik rumah berehat,sebab ingatkan I akan bersalin next morning.I just text my hubby,inform I dah ke labour room.

Bila sampai labour room,diorang sibuk nak amik blood pressure lah,I macam terkejut dan terus je cakap ngan nurse kat situ,yang I memang dah tak tertahan nak meneran,sbnrnya since sakit contraction kuat kat wad lagi I dah start meneran tanpa sengaja.Tapi diorang sibuk pulak nak pasangkan alat untuk monitor CTG pulak,masa nurse tu baru nak amik blood pressure je I dah sakit sangat kuat,then nurse tuh check bukaan dah 9cm,so,diorang terus readykan barang2 untuk nak bersalin,sempat diorang suruh I tunggu kejap,tak sempat ape pun,dr pun takder time tuh,I terus teran aje,bila I dengar nurse tuh cakap "pandai pun teran",terus dapat semangat,cuma while proses teran meneran tuh,I terangkat bontot,mana lah I nak tahu dan tak dapat nak control ape dah,diorang ada gak ajar cara bernafas,tapi I dah taram aje masa tuh,as long as I boleh teran.

3.01am:I selamat melahirkan baby girl.Alhamdulillah.Sakit hilang dan I menangis terharu bila nurse unjukkan kat I baby I yang dah selamat keluar dari perut I,MasyaAllah dan Syukur sangat sangat kepada Tuhan.

9 comments:

  1. alhamdulillah..dah selamat sumenyer..=)

    selamat berpantang..i lg1 hari nak cukup 40 hari..hoyeahhh!!

    ReplyDelete
  2. Tembamnya!!! Geram tengok.. Meh jadi menantu auntie nak tak??

    ReplyDelete
  3. deena:alhamdulillah,syukur..
    wah ssangat seronok dah nak habis pantang dah kan :)

    monstorious wife:akak...tembam macam maknya,huhu...wah..syok gak Mareesa jadi menantu akak,leh dapat kuih raya free..huhu

    ReplyDelete
  4. congrats khaleelah..nikmat selepas bersalin adalah melihat wajah suci baby kita..hilang semua sakit..comey mareesa :)

    ReplyDelete
  5. Rohana:thanks dear :) betul apa yang ko cakap tu,I sokong 100 %

    ReplyDelete
  6. comelnyer baby mareesa..tahniah ye :)..
    selamat menjadi mummy

    ReplyDelete
  7. Congrats! Sonok kan jadi ibu? :D Selamat berpantang!

    ReplyDelete
  8. Nad:Thanks dear :) so speechless kan..sangat seronok..u dah habis pantang kan..syoknya :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...