Rasanya saya terpanggil untuk 'UP'enty hari ini yang berkisar tentang kehidupan seharian saya sebagai ibu beranak 1ni..
Apelah usaha yang saya telah sumbangkan kalau nak dibandingkan dengan ibu yang telah beranak banyak itu. Cuma, suka saya ingatkan kuasa 'supermak' tu automatik ada pada setiap orang yang telah menjadi ibu, percayalah. Dah cuba? Kalau belum, mungkin insyallah di masa akan datang kamu juga berpeluang dan rasailah sendiri pengalaman manis yang sukar diungkapkan dengan kata kata..Belum cuba belum tahu. Setakat melihat, tidak sama dengan mengalaminya.
Masya-Allah hati ini memang akan tersentuh tiapkali melihat wajah2 mungil suci disiksa atau didera. Tak sanggup untuk melihatnya.
Tahukah Anda, bahawa setiap ibu tidak pernah menginginkan ketidakselesaan mahupun kesakitan terhadap anaknya. Malah disaat siibu mendapat tahu anaknya itu sakit, dengan segera si ibu berdoa untuk dipindahkan sakit anaknya itu kepada dirinya sendiri. Tahukah Anda?
Cuma, tuhan lebih tahu segala yang telah disuratkan untuk setiap hamba-Nya. Bersabar dan bertabah dengan setiap ujian-Nya.
Saya juga ingin mengambil kesempatan di entry ini untuk saya kongsikan rutin kehidupan saya yang biasa biasa saje sebagai seorang ibu yang bekerja biasa yang sentiasa bertungkus lumus cuba memberikan yang terbaik buat anaknya. Bukan untuk menunjuk malah ia mungkin menjadi tatapan si kecil bila besar nanti :)
Setiap pagi, selepas siapkan Mareesa, saya sendiri akan gigih hantar Mareesa ke nursery sebelum ke tempat kerja disebabkan saya dan hubby pergi kerja berasingan. Begitu juga waktu balik kerja. Sebelum waktu balik, saya akan berkira2 apa yang boleh dimasak untuk dinner kami =). Jika perlu, saya akan singgah membeli segala keperluan memasak terlebih dulu, sebelum mengambil Mareesa di nursery.
Perasaan saya setiap kali waktu balik kerja memang sangat happy, tak sabar nak berjumpa buah hati. Si kecil yang semakin petah berkata kata. Tiap kali lepas ambil Mareesa, kami mesti borak2 sepanjang perjalanan balik ke rumah. Setiap saat rasa rugi untuk saya lepaskan bersama kesayangan saya ni. Saya perlu berikan perhatian yang lebih, sebab hubby memang akan balik lambat, Mareesa pula jenis tidur awal. Maka, saya sentiasa pentingkan waktu2 berharga ini. Jika berkesempatan, saya akan rakamkan video aksi aksi comelnya untuk tatapan hubby bila balik kerja nanti.
Bila sampai ke rumah, selalunya saya akan readykan makanan yang agak ringan bukan keropok yang tak berkhasiat ya untuk Mareesa sebelum dia tidur. Kadang kadang Mareesa dah tertidur dalam kereta. Bayangkan, saya akan dukung Mareesa, belah kiri tangan menjinjing handbag,kanan pula menjinjing beg nursery Mareesa. Hujung tanga kiri menjinjing segala keperluan untuk memasak untuk dinner kami. Rumah kami pula adalah rumah apartment, kalau Mareesa tidur,sanggup saya panjat tangga sebab tak nak Mareesa terbangun dek bunyi lif yang kuat. Semuanya sebab nak yang terbaik untuk Mareesa.
Kalau Mareesa dah tidur, segera saya menunaikan apa yang patut, segera untuk memasak sesimple yang boleh. Sebab hubby memang dah sediakan syarat..katanya kalau nak memasak, biarlah yang simple, kerana dia cuba memahami kepenatan isteri dia ni juga =) Syukur.
Selalu saya akan dinner seorang diri..sebab? Hubby balik tak tentu pukul berapa. Sedikit pun tak mengeluh, sebab saya belajar memahami tugas dia pula. Bukankan lebih baik =)
Mareesa kalau dia tak tidur lagi, saya cuba masakkan yang sangat simple untuk dia. Ataupun bagi makanan yang ringan seperti roti,biskut bukan makanan ringan mcm keropok yang tak berkhasiat tu ya! Tapi dia selalu tidur awal. Lagipun kat nursery dia memang dah siap2 makan. Malam nanti dia bangun mintak susu.
Sewaktu menunggu hubby balik, saya buat kerja rumah yang sepatutnya, basuh pinggan ke, basuh baju ke..kalau penat sangat, basuh je dulu, pagi esoknya baru sidai baju.
Saya memang akan tunggu hubby dinner, walaupun lambat sebab bagi saya itulah waktu berkualiti saya bersama suami pula! Waktu itulah baru saya boleh berkongsi cerita harian saya. Waktu tu juga saya tunjukkan gambar atau video Mareesa yang saya telah sempat saya rakam jika Mareesa buat aksi aksi comel waktu pulang dari nursery.
Bagaimanapun, Kadang - kadang mungkin saya penat, atau tak bereksempatan membeli barang basah untuk memasak, maka saya minta suami tapaukan makanan untuk dirinya. Sebab untuk saya, sekadar makan roti cecah air milo pun dah memadai. Nanti boleh juga share makanan yang hubby tapau tu =). Biarpun kekadang kami tapau makanan untuk dinner, kami tak berikan pada Mareesa. Sebaik mungkin saya cuba berikan yang terbaik buat Mareesa. Hebat sangatkah saya jika membeli makanan di luar pun salah, tak boleh penatkah saya.. Saya juga manusia, kekadang letih, banyak kerja. Ia adalah sangat subjektif untuk digambarkan.
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
Kemudian keesokkanya bermula semula rutin yang sama. Saya amat bersyukur sebab saya dapat bersama kesayangan kesayangan saya tidak kira waktu senang mahupun susah. Kerana harapan saya untuk melihat anak sendiri membesar di depan mata. Semoga menjadi anak yang solehah, mendengar kata dan semuanya yang baik baik.
Alangkah bahagia jika dapat jaga sendiri anak dan habiskan setiap masa bersamanya. Insyallah kami ada pasang niat untuk mencapai hajat yang suci ini. Semoga Tuhan memudahkan segalanya.
Siapalah kita di mata-Nya..Insyaallah, dengan postnya entry ini, akan dapat bukak mata dan minda orang orang yang ingat saya tak pandai jaga anak. Kerana tidak perlu setiap perbuatan kita atau usaha kita untuk kearah kebaikan kita hebahkan untuk tatapan umum.. Bukankah lebih baik untuk berkongsi berdua bersama suami untuk usaha usaha murni mencapai redha-Nya bersama sama. Tetapi rupanya berdiam diri telah disalahertikan oleh sesetengah pihak.. Kita bukan Tuhan untuk sewenangnya mengukur baik buruk seseorang itu. Malah kita juga perlu sentiasa mencermin peribadi diri kita, apakah kita telah cukup sempurna untuk kita menuding jari mencari kesalahan orang lain atas sebab sesuatu itu, sedangakan lupakah kita yang semua itu datangnya dari Allah SWT. Cerita selebihnya tidak perlulah saya kongsikan bersama.
Wallahualam, yang buruk datang dari saya yang kerdil lagi hina, yang baik semuanya datang dari Allah SWT.